Search This Blog

Monday, February 14, 2011

KuaSa WaNita..

4 Orang Lelaki...
*~*~*~*~*~*~*~*~*

seseorang  wanita  itu  apabila  di  yaumal alkhirat akan menarik empat golongan
lelaki bersamanya ke dalam neraka?
na'uzubillah.........artikel   ini  bukan  untuk  memperkecilkan  wanita  tetapi
sebaliknya  iaitu  supaya  kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama
serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

pertama:-ayahnya
apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di
dunia.  dia  tidak  memberikan  segala  keperluan  agama seperti mengajar solat,
mengaji  &  sebagainya.  Dia  memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup
aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia
akan ditarik oleh anaknya.

kedua:-suaminya
apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di
pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg
bukan  mahram..apabila  suami  mendiam  diri......walaupun  dia seorang alim etc
solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

ketiga:-abang-abangnya
apabila  ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak
abang-abangnya.....jikalau  mereka  hanya  mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di
akhirat kelak.

keempat:-anak lelakinya
apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari
islam,bila  ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu
akan  disoal  dan  dipertangungjawabkan di akhirat kelak........nantikan tarikan
ibunya  maka  kita  lihat  bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah  di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang  atau  anak  harus  memainkan peranan mereka yang sebenar tidak
silap

firman ALLAH SWT:-
"HAI  ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN
PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

akhir  kalam,marilah  kita  berdoa  agar  kita semua terselamat dari ditarik dan
tertarik....

harga  seseorang  muslim  adalah  sangat  berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang
muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap
kalimah  tauhid)  dengan  itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji
dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.
InsyaAllah

No comments:

Post a Comment